Wednesday, September 1, 2010

Cinta sejati daripada seorang isteri...

Saya ada mau share satu cerita...Cerita on base true story kalau saya tidak silap lah...Cerita ini saya telah dicritakan oleh cikgu saya time saya darjah 4 kalau saya tidak silap...Hehehe... 

Begini cerita dia...Jeng...jeng...Jeng...

Ada sepasang suami isteri yang sudah lama berkahwin...Slama ini mereka hidup bahagia dan saling mencintai antara satu sama yang lain sehinggalah sampai satu ketika yang mana terdapat perubahan sikap pada si suami. Mungkin ini disebabkan oleh stress kerja, busy, and so on. Setiap kali pulang, suami ni marah2, bad mood dan ada saja tidak kena dengan dia ni...Si isteri ni pun berasa sangat pelik melihat gelagat dan sikap suaminya yang tiba-tiba berubah. Sangat terguris hati dia tapi dia tetap tabah dan bersabar dengan suaminya. Sampailah satu masa yang mana pada waktu pagi si suami memanggil isterinya yang masih mencuci pakaian pegi ke meja makan sebab si suami ada mau cakap. Bila si isteri tiba di meja, dia ternampak ada sekeping kertas putih dan pen. Suaminya duduk bertentangan dengannya dengan raut wajah yang kurang menyenangkan. Si suami pun suruh si isteri duduk dan menerangkan tujuan dia memanggil isterinya. Berikut adalah percakapan si suami terhadap isterinya...

"Sayang, tlah lama ingin saya katakan hal ini terhadap mu sayang tetapi keadaan tidak mengizinkan...Oleh itu saya telah menetapkan hari ini untuk kita berdua meluangkan masa bersama serta menyelesaikan segala masalah agar tiada lagi persengketaan dan perselisihan faham diantara kita. Sayang, saya mau sayang menulis segala keburukan dan kelebihan yang terdapat pada diri saya selama sayang bersama dengan saya...Biarlah semuanya jujur dari hati mu sayang...Saya juga akan melakukan perkara yang sama". Pada masa itu, si isteri langsung tidak bersuara. Dia hanya mendiam dan mendengar sahaja. Maka mereka pun mula lah menulis segala keburukan dan kebaikan yang ada pada diri masing2...Si isteri akan tulis kebaikan dan keburukan suaminya dan begitu juga si suami. Masa berlalu 1 jam, 2 jam dan sampailah 3 jam. Si suami telah menulis segala-galanya terhadap si isterinya yang mana telah mencapai 10 keping kertas A4 (depan belakang). Manakala si isterinya masih satu keping kertas. Dengan senyuman yang sinis dan lebar si suami memberi isyarat berhenti menulis. Maka, si suaminya pun membaca segala-galanya surat yang ditulisnya sendiri dengan kuat dan bangga...Semua 10 keping surat itu habis dibaca. Pada masa itu, si isteri telah menyembunyikan mukanya dengan kertas agar si suami tidak nampak mukanya...Setelah si suami habis membaca surat yang ditulisnya itu, dia mendapati meja makan mereka dibasahi dengan air. Mula-mula, dia sangkakan air minuman tertumpah tetapiiiii....Air yang membasahi meja itu adalah daripada air mata isterinya...
Si suami sangat terkejut bila mendapati hal ini lalu cepat-cepat menghampiri isterinya dan berkata..."Sayang, mengapa engkau menangis???"

Lalu, si isteri memandang suaminya dengan mata yang berair membasahi dirinya lalu berkata... "Abang, sebelum saya menerima abang sebagai suami...Saya telah berfikir semasak-masaknya...saya telah berfikir sedalam-dalamnya akan perjalanan hidup saya ini...Saya juga telah betanya pada diri saya...Adakah saya mampu menjadi seorang isteri yang baik??? Apakah saya sedia menerima segala kekurangan diri dan kelebihan diri bakal suami saya??? Apakah saya ikhlas dalam menerimanya???" Dengan nada yang tersekat-sekat si isteri meneruskan juga bercakap dengan suaminya...Si suaminya terpegun dan terdiam mendengar segala apa yang diucapkan oleh isterinya itu... Lalu, si isteri menyerahkan kertasnya kepada suaminya untuk dibaca. Tetapi si suami tidak dapat membacanya kerana.........Tidak terdapat satu pun patah perkataan yang tertulis diatas keping kertas itu. Suaminya bertanya..."sayang, mengapa sayang tidak menulis seperti yang telah disuruh?" Si isteri menjawab...."Abang masih tidak fahamkah apa yang saya katakan sebentar tadi?" Suaminya menggeleng kepala tanda tidak faham...Isterinya menyambung balik katanya "Saya telah menerima abanh sebagai teman hidup saya slamanya...Segala kekurangan, keburukan dan kelemahan saya terima dengan sepenuhnya...saya menerima abang seadanya...Saya tidak mempersoalkannya sebab saya menyayangi diri abang...kita semua mempunyai kelemahan, kekurangan dan keburukan diri...Dan inilah ciptaan Tuhan...Saya tidak mengeluh mendapat seorang suami yang mempunyai kelemahan, keburukan dan kekurangan tetapi saya bersyukur sepenuhnya dan memuji Tuhan kerana memberi saya peluang untuk merasai hidup berteman, merasai untuk berumah tangga...Saya bersyukur...". Apabila si suami mendengar kata2 isterinya...Dia pun terus memeluk erat sambil menangis lalu berkata "Sayang...Maafkan abang...Abang bersalah sebab abang telah berlaku tidak adil dalam hal ini...maafkan abang sayang..."

Sejak hari itu, mereka hidup dengan penuh kasih sayang...Malah lebih mesra dari sebelumnya... Puji Tuhan! Alleluyah...!

The moral of the story is...Love your gf/bf/wife/husband with all your heart, with all your mind and with all your soul. God love us with all His heart and that is why He sent His Beloved Son, our Lord, Jesus Christ so that we can reunite with Him in His Kingdom through His Son.







There are three things that remain- faith, hope and love- and the greatest of these is LOVE.


1 Corinthians 13:13

4 comments:

jet said...

haha... this one is funny, i think. maybe because of the husband. haha.. post more, id love to read it..:)

MosePA said...

Sure... Thank you... Bule bah kalau ko...Yeahhh...

Oh Lady said...

so funny..
=)

MosePA said...

Hi wonder why this story look funny with you all... It suppose to be a sad and sentimental story... Will you tell me why...? Am i missing something?

 

Love © 2008. Design By: SkinCorner | Distributed by: free blogger template red best blogger themes for photographers | best vpn router 2012 cheap vpn server